YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia dan membincangkan isu undang-undang berhubung dengan insolvensi dari sudut pandang sivil dan syariah. Selanjutnya, YBhg. Datuk M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia telah menyampaikan cenderahati sempena sambutan 100 tahun Jabatan Insolvensi Malaysia kepada YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie yang juga merupakan mantan KPI dari tahun 2018 hingga 2020.