Delegasi Jabatan Peguam Negara (AGC), yang diketuai oleh YBrs. Tuan Muhamad Iskandar bin Ahmad, Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II, merangkap Pengurus Projek telah melawat tapak Program Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara di Kampung Jilid 8, Mukim Bujang, Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara. Tinjauan mendapati projek penurapan jalan sepanjang 2.8 kilometer daripada keseluruhan 5 kilometer telah siap. Manakala baki 2.2 Kilometer lagi akan disiapkan setelah jentera penuai padi selesai menjalankan kerja-kerja menuai padi di kawasan tersebut. Lawatan tapak ini telah diiringi oleh Ketua Kampung Jilid 8 iaitu YBrs. Tuan Hj. Abd Mukhtar.