Bahagian Pengurusan (BPEN) telah menganjurkan Kursus Keterampilan Diri dan Dining Etiquette bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional yang telah telah dihadiri oleh Pegawai Gred 54 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C - A) dari Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC), Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri (PPUUN) Selangor dan Pejabat AGC Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk: 1. Meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa; 2. Meningkatkan keyakinan diri dalam mempraktikkan pengetahuan protokol semasa merancang, mengurus dan mengendalikan acara atau menyertai sesuatu acara; dan 3. Mempelajari, mengetahui dan memahami konsep asas, prinsip, kepekaan dan skop protokol dalam konteks urusan majlis rasmi. Program ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan, YBrs. Puan Rahimah binti Yeop, Pengarah Pengarah Pembangunan dan Pembelajaran daripada Jendela Ilmu Solutions.