Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah telah mengadakan Persidangan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah di Hotel Langkapuri, Langkawi. Persidangan selama 3 hari 2 malam tersebut telah dihadiri oleh seramai 66 pegawai dan kakitangan PPUUNK. Pengisian dalam persidangan tersebut adalah mesyuarat bersama Penasihat Undang-Undang Negeri dengan pegawai dan kakitangan PPUUNK berhubung isu pentadbiran pejabat. Selain itu, aktiviti mangrove, aktiviti sukaneka dan Majlis Makan Malam juga diadakan. Persidangan ini diadakan bagi tujuan sesi suai kenal antara Penasihat Undang-Undang baharu dengan pegawai dan kakitangan PPUUNK. Selain itu, ia juga diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan memantapkan ikatan ukhuwwah sesama warga PPUUNK.