YBhg. Tan Sri Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Paul Lam, Secretary for Justice, Hong Kong Special Administrative Region serta delegasinya. Sesi kunjungan hormat tersebut telah membincangkan berkenaan potensi kerjasama dalam bidang undang-undang antara Malaysia dan Hong Kong. Pada sesi kunjungan hormat tersebut, TYT Paul Lam telah menandatangani buku pelawat AGC dan YBhg. Tan Sri Peguam Negara telah menyampaikan Buku Mewah (Coffee Table Book) Jabatan Peguam Negara kepada TYT Paul Lam sebagai tanda cenderamata. Hadir bersama ialah YBhg. Dato' Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, YBhg. Dato' Umar Saifuddin Jaafar, Peguam Cara Negara II, YBhg. Datuk Tay Lee Ly, Ketua Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang, YBhg. Dato' Masri bin Mohd Daud, Ketua Bahagian Pendakwaan bersama Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan.