YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan YBhg. Dato’ Anis Rizana Binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, telah menyampaikan Buku Mewah (Coffee Table Book) Jabatan Peguam Negara kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan YBhg. Dato’ Anis Rizana Binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Sebelum itu, satu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat Peguam Negara yang turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai kanan SPRM dan Kastam.