Jabatan Peguam Negara Negeri Sabah (AGC Sabah) yang diketuai oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah , Puan Nahra binti Dollah dan beberapa orang wakil dari AGC Sabah telah menghadiri Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Negeri Sabah Tahun 2026 bersama-sama YBhg. Dato' Seri Hj. Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah. YBhg. Dato' Seri SUP Sabah telah menyampaikan amanat beliau yang antara lain memberikan penekanan berhubung dengan tatakelola yang baik yang harus diamalkan oleh penjawat awam. Antara pengisian Majlis tersebut adalah penyampaian ceramah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dengan isu-isu rasuah dan Ikrar Bebas Rasuah.