Jabatan Peguam Negara, Negeri Sabah telah menyertai Sambutan Bulan Kebangsaan Hari Sabah Peringkat Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) Tahun 2024 di Auditorium & Perkarangan Plaza KPKPS. Dalam majlis tersebut telah dilaksanakan acara flag-off Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) sebagai acara simbolik yang akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah. Jabatan Peguam Negara Negeri Sabah juga telah menerima bendera Jalur Gemilang untuk dikibarkan sempena sambutan Hari Merdeka 2024.