Sekitar Lawatan Rasmi Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, YB. Dato' Azhar bin Haji Arshad ke Pejabat Pendakwaan Negeri Melaka di Wisma Persekutuan.
Lawatan tersebut turut disertai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Datuk Maslina Binti Baki, Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Datin Elya Juliana Binti Abdul Wahab serta beberapa orang pegawai.
Kedatangan YB. Dato' Azhar serta delegasi telah disambut oleh Tuan Ahmad Sazali Bin Omar, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Tuan Mohd Asri Bin Abd Rahman Sidik, Timbalan Pendakwa Raya bersama warga kerja Unit Pendakwaan Negeri Melaka.
Terdahulu, sesi suai kenal telah diadakan bagi memperkenalkan setiap pegawai dan kakitangan.
Sepanjang sesi lawatan ke Pejabat Pendakwaan Negeri Melaka, delegasi telah diberikan penerangan berhubung peranan serta fungsi Pejabat Pendakwaan Negeri Melaka.
Tuan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka juga turut menyampaikan cenderahati kepada YB. Dato' SUK sebagai tanda penghargaan.