Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara telah menganjurkan Sesi Project Briefing Bil. 2/2025 pada 23 Jun 2025 bertempat di Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya pada 23 Jun 2025. Sesi ini disertai oleh Pegawai Undang-Undang daripada Bahagian Penasihat dan Seksyen Undang-undang, Unit Kerjasama Awam Swasta. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan berfungsi sebagai platform perkongsian ilmu kepada pegawai-pegawai berhubung dengan isu-isu yang berbangkit daripada projek-projek Kerajaan yang dilaksanakan secara kerjasama awam swasta dan projek-projek khas