Sebagai meneruskan pelan transformasi Pejabat AGC, sebuah lagi Pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Negeri Perak telah berjaya disiapkan pada 28 November 2024 (khamis), YBhg. Dato' Mohd Dusuki bin Mokhtar telah sudi meluangkan masa untuk hadir melawat dan seterus merasmikan majlis penyerahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Kangsar yang akan mula beroperasi sepenuhnya pada 2 Disember 2024. Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Kangsar yang sebelum ini hanya menumpang di bangunan Mahkamah Kuala Kangsar dan menempatkan 2 orang timbalan pendakwa raya di dalam sebuah bilik yang suasananya tidak begitu kondusif untuk bekerja. susulan itu, dengan adanya pejabat baharu yang lebih kondusif, kotemporari dan selesa untuk bekerja diharapkan akan memberikan semangat kepada timbalan pendakwa raya untuk berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh.