Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (BHEA), Jabatan Peguam Negara telah mengadakan mesyuarat bahagian terakhir bagi tahun 2024 yang berlangsung di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA.
Mesyuarat BHEA tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, YBrs. Tuan Alfian bin Yang Amri.
Pada mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, YBrs. Tuan Alfian bin Yang Amri juga telah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah bagi pihak BHEA atas pelantikan YBhg. Dato’ Mohd Dusuki bin Mokhtar sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 12 November 2024.
Selain itu, sesi suai kenal turut diadakan antara YBhg. Dato’ Peguam Negara bersama dengan barisan kepimpinan BHEA, pegawai-pegawai dan kakitangan BHEA.
Turut serta dalam sesi suai kenal tersebut ialah Penasihat Undang-Undang dan para pegawai dari Bahagian Undang-Undang KADER BHEA iaitu dari Kementerian Luar Negeri (MOFA), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA) dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
Dalam mesyuarat tersebut juga, YBhg. Dato’ Peguam Negara telah diberikan taklimat mengenai portfolio dan skop tugasan oleh wakil-wakil dari setiap Unit dalam BHEA dan Bahagian Undang-Undang KADER BHEA.