Peguam Cara Negara, YBhg. Datuk Almalena Sharmila binti Dato' Dr. Johan telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 1 Tahun 2024 pada 23 April 2024 yang diadakan di Dewan Persidangan Aras 11, Jabatan Peguam Negara (AGC), Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dihadiri Wakil Pihak Pekerja yang baharu dilantik bagi sesi 2024 hingga 2026.