Sesi Libat Urus Pelaksanaan Government Secured Communication (GSC) oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) melibatkan Pegawai Jabatan Peguam Negara telah diadakan pada 27 November 2024 di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, Jabatan Peguam Negara. Pelaksanaan GSC bertujuan mewujudkan platform yang selamat bagi komunikasi maklumat terperingkat Kerajaan menggunakan peranti mudah alih. AGC menyambut baik inisiatif kerajaan ini bagi memastikan keselamatan maklumat di AGC berada pada tahap yang optimum. Seramai 181 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 48 dan ke atas telah menghadiri sesi ini secara fizikal dan dalam talian.