27 Ogos 2024 | Majlis Perjumpaan YBhg. Datuk Peguam Negara bersama Pelajar Program Latihan Industri (LI) YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara telah mengadakan perjumpaan khas dengan Pelajar Program Latihan Industri (LI) Jabatan Peguam Negara. Pelajar latihan industri ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dalam sesi perjumpaan ini, Datuk Peguam Negara telah menyampaikan ucapan aluan dan Sijil Penghargaan kepada semua pelajar program LI di sini. Hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara dan Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Peguam Negara.