YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara, meluangkan masa melawat ke Pameran Hasil Kraftangan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi, Jabatan Peguam Negara. Penganjur telah menjemput pihak Galeri Produk MyPride sebagai pempamer dan juga penggerai di Lobi, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya bermula 26 hingga 28 Ogos 2024. Pameran ini dapat memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada warga Jabatan Peguam Negara dan hasil jualan produk warga penjara, khususnya produk makanan dan kraftangan dapat membantu menjana ekonomi pihak penjara. Turut hadir memeriahkan pameran adalah YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara dan Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Peguam Negara.