YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara bersama 50 orang kontinjen mewakili Jabatan Peguam Negara hadir ke Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 2025.
Kemuncak sambutan adalah penyampaian titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Kebangsaan Ma’al Hijrah 2025 kepada Dato' Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2025/1447 di Malaysia International Trade And Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa kepada Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 2025 ini mengangkat tema 'Membangun Ummah MADANI.'