Majlis Perpisahan YB. Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood, Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah (PPUUNK) telah diadakan di Hotel Raia Alor Setar. Majlis telah dihadiri oleh semua pegawai kanan, pegawai dan warga kerja Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah. Majlis telah disajikan dengan persembahan dari Unit Penasihat dan Unit Pendakwaan serta nyanyian memukau oleh YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah. YB. Dato’ Nik Azhan Hakim bin Nik Mahmood telah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah selama 5 tahun 7 bulan dan akan bertukar sebagai Pesuruhjaya Penyemak Dan Pembaharuan Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara bermula pada 18 Disember 2024. PPUUNK mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas perkhidmatan YB. Dato’ serta ucapan Selamat Bertugas dan Selamat Maju Jaya.