Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-Undang selain pegawai daripada Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang, Bahagian Gubalan dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. Semasa mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Tay Lee Ly, Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-Undang sudi menyerahkan Buku CTB Jabatan Peguam Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa sebagai cenderamata.