YBhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara telah mengetuai delegasi Jabatan Peguam Negara, Malaysia yang turut disertai oleh - (a) YBhg. Dato’ Razali bin Che Ani, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan I; (b) YBrs. Tuan Ramesh Gopalan, Ketua Unit Jenayah Transnasional, Bahagian Pendakwaan; dan (c) Puan Haifaa ’Atiqa binti Hairudin, Timbalan Pendakwa Raya, Unit Jenayah Transnasional, Bahagian Pendakwaan. Perhimpunan berprestij yang bertemakan "The Versatile Prosecutor and the Administration of Criminal Justice" dianjurkan oleh Republik Singapura telah menyediakan platform kepada pendakwa-pendakwa dari pelbagai negara seluruh dunia untuk pertukaran dialog dan idea antara lainnya, mengenai pembangunan keupayaan menangani peningkatan jenayah sejajar dengan kemajuan teknologi yang merangkumi kecerdasan buatan (artificial intelligence).