Bahagian Guaman Putrajaya, Jabatan Peguam Negara telah mengadakan naziran ke Unit Guaman di Jabatan Peguam Negara, Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 28-19 November 2024.
Objektif utama penganjuran naziran ini adalah untuk menyemak tadbir urus fail yang sedang dikendalikan oleh pegawai-pegawai di Unit Guaman Kuala Lumpur.
Naziran ini juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai Unit Guaman Kuala Lumpur untuk mengutarakan sebarang masalah yang dihadapi dari segi pengurusan fail, pengendalian kes dan kebajikan pegawai-pegawai.
Sesi naziran ini diketuai oleh YBrs. Tuan Mohammad Al-Saifi bin Haji Hashim, Timbalan Ketua Bahagian Guaman II (TKBG II).
Naziran ini dimulakan pada hari pertama dengan sesi taklimat oleh Tuan Pengarah Guaman Kuala Lumpur, Tuan Saifulakmal Said dan sesi pembukaan naziran oleh Tuan TKBG II.
Naziran diteruskan dengan lawatan sekitar pejabat Unit Guaman Cawangan Kuala Lumpur.
Seterusnya semakan fail kendalian pegawai-pegawai dibuat oleh pegawai naziran yang terdiri daripada Tuan TKBG II, Ketua Seksyen Terkelas, Tuan Nik Mohd Noor bin Nik Kar, Peguam Kanan Persekutuan Puan Irmawati binti Daud, Puan Nurliana binti Ismail dan Puan Siti Syakimah binti Ibrahim.
Pada hari kedua, semakan fail kendalian pegawai-pegawai diteruskan oleh pegawai naziran yang terdiri daripada Tuan TKBG II, Ketua Seksyen Rayuan, Tuan Rahazlan Affandy bin Abdul Rahim, Ketua Seksyen Terkelas, Tuan Nik Mohd Noor bin Nik Kar, Peguam Kanan Persekutuan Puan Nurliana binti Ismail dan Puan Siti Syakimah binti Ibrahim.
Sesi exit naziran telah dilaksanakan bersama pegawai-pegawai Unit Guaman Kuala Lumpur sebagai penutup naziran kali ini.