Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang (KESUPEN) melalui Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang (PPUNPP) telah menganjurkan Program Team Building di Hompton By The Beach, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan memupuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kalangan pegawai dan kakitangan PPUNPP melalui beberapa aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini berlangsung. Pada sebelah petang pula, satu Grooming Talk Session berkenaan dengan Table Manners, Good Language dan How To Address People telah disampaikan oleh Puan Khairul Intan binti Daud, Penolong Perunding Latihan Unit Pembangunan Holistik dari Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA). Program ini dihadiri oleh YB Dato’ Roslinda binti Mohd Shafie, Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Tuan Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang serta para pegawai dan kakitangan PPUNPP.