Bahagian Guaman telah menganjurkan Pertandingan Ping Pong Piala Pusingan KBG Tahun 2025 bertempat di Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf, Aras 3, Jabatan Peguam Negara pada 20 Jun 2025.
Objektif pertandingan tersebut ialah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, memperkukuh hubungan silaturrahim serta meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Bahagian Guaman.
Pertandingan tersebut disertai oleh 8 pasukan, yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Bahagian Guaman ibu pejabat, Unit Guaman Kuala Lumpur, Unit Guaman Selangor dan Unit Guaman Negeri Sembilan.
Pasukan A12 Smashers telah menjuarai pertandingan tersebut manakala Naib Johan ialah pasukan De-Fam-Nation. Tempat Ketiga pula dirangkul oleh pasukan Pentadbiran dan pasukan UPP Squad berada di tempat keempat.