21 Mac 2025, 9.00am | Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor meraikan Ramadhan 1446H dengan menganjurkan tadarrus Quran disepanjang bulan puasa ini. Kemuncak program tadarrus adalah Majlis Khatam Quran bagi meraikan pegawai dan kakitangan Pejabat Penasihat yang berjaya menghabiskan bacaan masing-masing. Bersempena dengan Majlis tersebut juga, agihan bunga telur dan bubur lambuk diserahkan kepada semua pegawai dan kakitangan di Pejabat Penasihat Kota Iskandar. Pada sebelah petang, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, YB. Datuk Abd Aziz bin Engan telah sudi turut sama turun padang bagi menjayakan photoshoot bersama pegawai dan kakitangan bersempena Syawal tidak lama lagi.