Ketua-ketua Zon yang telah dilantik di dalam Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) AGC telah mengadakan satu lawatan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM), Presint 2 Putrajaya. Sebagai salah satu gerak kerja Jabatan Peguam Negara (AGC) yang sedang dalam proses mendapatkan Pensijilan EKSA daripada Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), lawatan ke JANM bertujuan mendapatkan input-input positif untuk diaplikasi dan diadaptasi di peringkat AGC.