Program Santuni MADANI – Satu Pemimpin Satu Kampung merupakan satu program khas yang diperkenalkan oleh YAB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala. Program ini juga merupakan satu wadah bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat terutamanya dari segi sosioekonomi dan keperluan. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Peguam Negara (AGC) menganjurkan Majlis Perasmian Penutup Program Santuni MADANI AGC (Satu Pemimpin Satu Kampung) di Flat Program Perumahan Rakyat 2 (PPR 2) Paya Nahu, Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah pada 18 Januari 2025, jam 10.00 pagi. Majlis dirasmikan oleh Peguam Negara, YBhg. Dato' Mohd Dusuki bin Mokhtar. Hadir bersama, Pegawai Daerah & Tanah Kuala Muda, YBhg. Dato' Hj. Abdul Ghafar bin Yahya, YBrs. Saudara Muhammad Ruddy bin Latif, YBrs. Cikgu Ahmadi bin Abdullah, YBrs. Puan Nurisuffia binti Mohd Sibi, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara, YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.