Jabatan Peguam Negara (AGC) telah berjaya meraih anugerah dalam Majlis Green Data Center Award 2024 yang dianjurkan oleh Malaysian Industry Government for High Technology (MIGHT) bertempat di Might Partnership Hub Cyberjaya pada 28 November 2024 yang lalu. Pusat data AGC telah diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Pemenang Kategori Best Compliance Green Data Centre kerana memiliki sistem pemantauan dan pelaporan yang mantap kearah pengoptimuman tenaga yang berkesan. Syabas diucapkan kepada Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan atas usaha melestarikan alam sekitar melalui penggunaan teknologi hijau dalam pengurusan pusat data AGC!