Bahagian Perbicaraan dan Rayuan telah menganjurkan kursus “TRAINING FOR TRAINERS SERIES II” yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, Tingkat 5, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Tajuk kursus pada kali ini adalah Pengenalan Kertas Siasatan yang telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Amril bin Johari yang merupakan Timbalan Pendakwa Raya yang berpengalaman mengendalikan kes perbicaraan di mahkamah rayuan dan rendah. Seramai 30 orang Timbalan Pendakwa Raya telah menghadiri kursus tersebut bagi meningkatkan pemahaman berkenaan kertas siasatan sebagai persiapan untuk menyampaikan latihan kepada agensi-agensi yang bakal mendapatkan latihan dari Jabatan ini.