No.
Security Policy
1.
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negatif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
2.
Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Kementerian dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
3.
Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
4.
Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
5.
Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam web portal dan blog Jabatan Peguam Negara mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian/Jabatan.
6.
Laman web agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke web portal Jabatan Peguam Negara atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
7.
Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam web portal dan blog Jabatan Peguam Negara adalah dilarang.